Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS).

“Kita ambil maklum berhubung kejadian itu dan polis JBS sedang menjalankan siasatan, kerana tindakan suspek merupakan ‘road bullying’.

“Kita yakin akan dapat mengesan suspek dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui semasa melakukan lawatan ke Larkin Sentral, di sini sebentar tadi.

Semalam, tular satu video berdurasi 1 minit 24 saat menunjukkan dua lelaki keluar daripada kereta dan menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya selain seorang daripadanya menghentak cermin hadapan kenderaan tersebut dengan parang.

Kejadian itu dipercayai ekoran rasa tidak berpuas hati berikutan suspek tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak. -UTUSAN ONLINE