Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an dikatakan keluar ke masjid di Pengkalan Chepa untuk solat Subuh .

Ketika kejadian isteri dan anaknya dikatakan tiada di rumah kerana berada di Pasir Mas.

Mangsa hanya menyedarinya sebaik pulang ke rumah pada pukul 7 pagi selepas mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat kesan umpilan di tingkap bahagian dapur dan satu beg pinggang yang disimpan di dalam bilik utama telah dilarikan.

Difahamkan di antara barang miliknya yang turut hilang ialah dokumen pengenalan diri; kad bank; empat utas jam tangan serta wang tunai RM950 dan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM5,000.

Difahamkan sebelum itu mangsa baru pulang dari serbuan di sekitar Kota Bharu pada pukul 1.30 pagi sebelum dia berehat dan tidur di bilik utama.

Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemukan beberapa kesan cap jari.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - UTUSAN ONLINE