Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek terdiri daripada emak yang berumur 43 tahun dan anak perempuannya, 21, melakukan kesalahan tersebut pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, suspek telah didapati memasukkan barangan yang dicurinya ke dalam beg dan terus keluar tanpa membuat pembayaran,” lapor Utusan Borneo.

Menurut Nasri, barangan yang dicuri ialah seunit Hada Labo Mild Exfoliating Foaming Wash, seunit Hada Labo Deep Hydration Wate Gel dan tiga unit Biore UV Aqua Rich 50g.

Tambahnya, kerugian dianggarkan bernilai RM140 dan kes disiasat mengikut 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - UTUSAN ONLINE