Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sibu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, polis turut menemukan sebuah kotak telefon bimbit mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 12.80 gram yang disimpan di tepi tilam.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan bekas berwarna biru yang mengandungi tiga peket plastik lutsinar kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis sama seberat 0.90 gram.

“Suspek mengaku tentang pemilikan dadah tersebut iaitu untuk kegunaan sendiri dan dibeli secara pemindahan wang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Stanley, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah.

Jelasnya, suspek akan direman serta disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN ONLINE