Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, suspek yang juga penagih dadah berusia 43 tahun turut bertindak agresif selepas bapanya yang berusia 70 tahun enggan mendengarnya membebel dan masuk ke bilik tidur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ekoran itu, suspek kemudian mengambil pisau dan mengacukannya dengan mengugut mahu membunuh ibu bapanya.

Tambahnya, dalam kejadian itu, suspek yang sebelum ini sering mengamuk turut merosakkan televisyen dan kipas angin di ruang tamu rumah mereka.

"Suspek yang positif syabu ditahan di rumahnya selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati dia turut memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah," katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE