Malah, dalam kejadian antara pukul 3.30 sehingga 4.00 petang itu, suspek berusia 33 tahun turut bertindak memukul bapa saudaranya dengan menggunakan topi kaledar.

Kejadian itu berlaku selepas bapa saudaranya itu cuba melindungi ibu suspek yang berusia 64 tahun daripada terus dipukul.

NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek telah membaling bakul baju ke arah ibu kandungnya dan juga telah memukul ibunya dengan menggunakan payung di muka dan belakang badan.

“Suspek turut memukul bapa saudaranya dengan menggunakan topi keledar suspek semasa lelaki itu mahu membawa wanita berkenaan ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian disebabkan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan sering mengamuk,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek telah ditahan polis kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.

“Semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek kini telah ditahan reman di Lokap Sentral Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD SPU) untuk siasatan lanjut pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kepala Batas mengesahkan ibu kandung suspek mengalami bengkak pada pipi kiri dan bahagian belakang badan sementara bapa saudara suspek mengalami luka kecil di tangan kiri. - UTUSAN ONLINE