Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, Sam Chee Tuck, 61, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melintas jalan dari arah kiri ke kanan secara tiba-tiba.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, lori tersebut tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu melanggar lelaki itu.

"Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksysn 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-UTUSAN ONLINE