Panggilan tersebut berlaku selama setengah jam bermula kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Kebanyakan panggilan yang diterima mengaku bahawa mereka membuat panggilan dari Mahkamah Majistret Melaka dan ada yang mengaku sebagai pembantu tadbir mahkamah itu.

Dalam perbualan, mereka mendakwa bahawa si penerima panggilan ( tanpa menyebut nama) telah dikenakan sapina berhubung kesalahan yang langsung tidak dijelaskan secara terperinci oleh operator dan juga pemanggil.

Ini dilihat seperti satu taktik baharu sindiket penipuan dengan menggunakan panggilan telefon bagi mendapatkan maklumat penerima panggilan.

Utusan difahamkan taktik seperti ini adalah untuk memeras ugut wang dan sasaran mereka adalah golongan yang mudah cemas dan mudah diperdaya.

Berikut merupakan taktik yang dilakukan;

1. Membuat panggilan dan dijawab oleh mesin operator.

2. Disambungkan kononnya ke mahkamah

3. Perbualan bermula dengan pemanggil meminta nombor MyKad sebagai pengesahan.

4. Jika MyKad diberikan palsu, mereka menyedari bahawa taktik tidak berjaya

5. Mereka mula memaki hamun pemanggil

Berikut merupakan petikan perbualan antara pemanggil dengan petugas Utusan:

Utusan: Saya dapat panggilan berhubung kesalahan jenayah yang dilakukan.

Pemanggil: Sila bagi nombor IC untuk pengesahan encik.

Utusan: (Beri nombor MyKad yang salah dan disemak dalam beberapa minit)

Pemanggil: (Dalam nada marah) Ni nombor apa encik! nombor ini patut buang di tong sampah saja.

Utusan: Awak dari pejabat mana ya?

Pemanggil: Pejabat mana tidak penting. Encik dengar saya cakap sampai habis dahulu.

Utusan: (Memotong percakapan)

Pemanggil: (Memaki hamun dan meletakkan telefon). - UTUSAN ONLINE