Turut ditahan bersama mereka dua lagi individu lain bergelar Datuk Seri dan Datuk dalam beberapa siri tangkapan di Selangor, Pahang, Perak, Kelantan,Johor, Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dalam Ops Cantas Khas membanteras kumpulan jenayah terancang itu, pihaknya menyasarkan 83 individu yang bergiat aktif di negeri ini.

“Operasi dinamakan Ops Spider dan Ops Api Reload berjaya menahan 36 individu daripada Geng 08 dan 27 daripada Geng 18. Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 23 hingga 60 tahun.

“Kita kini sedang mengesan 24 lagi individu dipercayai ahli kedua-dua geng kongsi gelap ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

Kesemua suspek ditahan reman selama 28 hari dibawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. - UTUSAN ONLINE

Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL