Suspek ditahan pegawai itu semasa sedang melakukan rondaan bersama seorang rakannya di kawasan tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, suspek dikesan keluar dari satu kawasan semak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pegawai itu kemudian memperkenalkan diri menyebabkan suspek tiba-tiba panik dan cuba melarikan diri.

“Telah berlaku pergelutan namun suspek berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain menjumpai sepucuk pistol jenis

CZ 2075 RAMI di pinggang dan satu kelopak peluru bersama peluru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Abdul Halim, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960. - UTUSAN ONLINE