Difahamkan, lelaki berumur 40-an itu yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan berdepan beberapa pertuduhan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan ditahan polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di negeri ini baru-baru ini.

Difahamkan, selain penahanan di negeri ini, operasi khas yang dilancarkan minggu lalu itu turut menahan anggota dan pegawai jabatan sama di Putrajaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Penahanan itu susulan laporan yang dibuat anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri yang mengesan terdapat wanita warga China berusia antara 25 hingga 30 tahun yang memiliki MyKad sah cuba membuat pasport Malaysia.

Bagaimanapun, status kewarganegaraan wanita terbabit diragui selepas gagal berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebelum JIM negeri bertindak membuat laporan polis.

Susulan itu, PDRM melancarkan operasi sulit dan berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai sudah menjual lebih enam keping MyKad sah membabitkan nilai RM350,000.

Difahamkan, beberapa lagi individu akan ditahan pihak berkuasa berhubung kes sama dalam masa terdekat sekali gus membongkar sindiket berkenan. UTUSAN ONLINE