Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu yang memakai sut kelabu dan berkemeja putih tiba di mahkamah dengan menaiki kereta jenis BMW X5 pada pukul 9 pagi.

Beliau yang diiringi beberapa ADUN daripada DAP itu dikawal ketat oleh anggota polis sehingga masuk ke dalam bangunan mahkamah.

Lebih 100 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penyokong hadir sebagai tanda sokongan kepada ADUN DAP itu.

Pada 8 Julai lalu, Choo Kiong yang juga merupakan Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis yang dibuat pembantu rumahnya.

Wanita berusia 23 tahun itu mendakwa dirogol majikannya di rumah lelaki itu di Meru sehari sebelum laporan dibuat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE