Pengakuan tersebut dibuat lelaki berusia 35 tahun terbabit selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Ahmad Bazli kemudiannya menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga kelima, tertuduh didakwa merogol mangsa yang merupakan adik tirinya di tiga buah rumah di sekitar Pasir Puteh antara Oktober 2018 hingga Mei 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. - UTUSAN ONLINE