Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya memetik laporan portal Free Malaysia Today di sini hari ini.

Dalam pada itu, Omar berkata, setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu dipanggil bagi memberi keterangan.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden melibatkan anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas (11 GGK) termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Arwah yang berusia 36 tahun meninggal dunia Rabu lalu dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di kem tersebut. -UTUSAN ONLINE