Mayat wanita berusia 30-an itu terapung dikelilingi sampah sarap ditemukan orang awam

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.58 pagi sebelum tiba 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, terdapat satu mayat wanita ditemukan di dalam sungai. Anggota bomba telah bertindak mengangkat mayat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Tiada sebarang identiti ditemukan berhampiran mayat terbabit. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE