Mayat Tee Ann May yang lengkap berpakaian itu ditemukan oleh bapanya, Tee Lee Teck, 66, kira-kira pukul 7.45 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik dan belajar sehingga tingkatan lima itu dikatakan keluar bersendirian dari rumahnya yang terletak di Kampung Fikri kira-kira pukul 10.30 malam tadi

Katanya, mangsa dipercayai mengambil kunci rumah yang diletakkan di kabinet yang mudah dicapai dan bertindak membuka pintu hadapan kediaman jenis rumah kampung setingkat yang juga merupakan kedai runcit di bahagian hadapan.

“Pihak keluarga berusaha mencari mangsa sehingga pukul 2 pagi di sekitar rumah namun gagal. Mereka tidak membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

“Sehinggalah pagi ini bapa mangsa menemukan mayat anaknya di Sungai Fikri dan kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Penarik,” katanya di sini.

Menurut Zulkifli, pemeriksaan awal ke atas mayat wanita OKU itu tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan tiada unsur jenayah, justeru polis percaya mangsa mati lemas akibat terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE