Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, mayat itu ditemukan kira-kira pukul 12 tengah hari di kedudukan 5.4 batu nautika dari pantai berkenaan oleh nelayan tempatan sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Katanya, susulan penemuan itu, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digerakkan ke lokasi berkenaan untuk membawa pulang mayat dan mereka tiba di jeti kira-kira pukul 4.40 petang ini.

"Mayat mangsa akan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Kita telah memaklumkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh Semenanjung untuk mewar-warkan mengenaipenemuan mayat ini agar mereka yang kehilangan ahli keluarga tampil membuat pengecaman," katanya ketika ditemui di jeti Maritim Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

habis