Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, mayat berkenaan ditemukan terapung dalam keadaan tanpa pakaian dan maklumat berhubung identiti dan bangsanya belum dikenal pasti.

"Siasatan pada mayat mendapati ada tatu pada bahagian belakang badannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafee berkata, pihaknya pada ketika ini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu dan meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga membuat laporan di balai polis berdekatan.

Difahamkan mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi urusan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE