Ketika ditemui kepala dan bahagian badan mangsa didapati sudah terpisah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mayat itu dipercayai penduduk tempatan berusia lingkungan 40-an.

Katanya, ketika ditemui kepala mayat masih teergantung dalam keadaan terikat pada dahan kayu manakala bahagian badan terapung di permukkaan paya bakau.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Berdasarkan laporan bedah siasat mangsa dipercayai lemas disebabkan gantung," katanya di sini hari ini.

Tambah Mustafa Bakri, berdasarkan keadaan fizikalnya yang berulat dan telah mereput mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira satu minggu. - UTUSAN ONLINE