Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mayat Voon Wah, 79, itu ditemukan oleh jirannya sebelum menghubungi polis pada pukul 9 pagi.

Katanya, mayat lelaki lengkap berpakaian itu dibawa naik oleh anggota bomba dan dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

"Pemeriksaan fizikal ke atas mayat itu dan lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

"Bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa mendapati punca kematian akibat kegagalan jantung dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.-UTUSAN ONLINE