Memetik portal Utusan Borneo, sumber berkata, bagasi tersebut ditemukan orang awam yang kemudian mencurigai sesuatu selepas terhidu bau busuk sebelum terus menghubungi pihak polis.

Susulan itu, bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bau telah dipohon untuk mengangkat bagasi tersebut pada kira-kira pukul 7.24 malam.

“Bagasi tersebut kemudian dinaikkan ke pemukaan rata menggunakan tali dan apabila dibuka didapati terdapat mayat seorang lelaki dengan tangan, mata dan kaki diikat menggunakan pita pelekat.

“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semantara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Nyaon ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut. - UTUSAN ONLINE