Mangsa, Nik Razi Che Mahmood, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas termasuk dalam parit berkenaan yang sedalam hampir satu meter di bawah kereta berkenaan.

Kemalangan ngeri itu berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira dipandu Taqiyuddin Mohamed, 26.

Seramai lapan angggota dengan dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Iszahwati berkata:"Mangsa penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ditempat ke jadian oleh pasukan perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian selepas pihak bomba mengeluarkannya dari dalam parit tersebut.

"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pemandu kereta dalam keadaan selamat. Operasi tamat pukul 9.35 pagi," katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE