Pengarah MAQIS Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, produk yang dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang Barat (Westport) itu dianggarkan bernilai RM30,000.

“Pengimport cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan membuat pengisytiharaan mengunakan dokumen palsu.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati pengimport cuba menyeludup produk ikan dan haiwan tanpa Import Permit daripada MAQIS selain tidak mematuhi syarat import ditetapkan,” katanya.

Tarmisal berkata, perbuatan mengimport tanpa permit adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) manakala pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) katanya, pesalah dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.


Haylage (rye grass) seberat 26,400 kg dari Lithuania turut disita MAQIS kerana tidak mematuhi syarat Import Permit yang dikeluarkan.

Kesalahan di bawah Seksyen 13 pula katanya boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Tarmisal memaklumkan, sebuah kontena yang membawa konsainan haylage (rye grass) seberat 26,400 kg dari Lithuania turut ditahan kerana tidak mematuhi syarat Import Permit yang dikeluarkan.

“Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM36,722 dan kesalahan itu disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta 728 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“MAQIS merupakan agensi penguatkuasaan yang diberi tanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang di pintu masuk bagi menjaga keselamatan pertanian negara terjamin,” katanya. - UTUSAN ONLINE