Menurut MAQIS, kejayaan itu hasil kerjasama strategik pihaknya dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Jelasnya, pemeriksaan telah dijalankan di laluan bas di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

“Hasil pemeriksaan tersebut, dijumpai sebanyak 50 ekor burung pelbagai spesies, sebanyak 33 ekor daripada spesies murai batu dan tiong mas, manakala selebihnya sebanyak 17 ekor burung daripada spesies merbah telinga merah anggaran bernilai RM1,700.

“Susulan itu, pihak Perhilitan telah menyerahkan 17 ekor burung daripada sepsies merbah telinga merah tersebut kepada MAQIS untuk tindakan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan

Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut MAQIS, perbuatan mengimport sebarang unggus hidup termasuk burung tanpa mempunyai permit import yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan di bawah seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Kerajaan tidak memberikan kebenaran mengimport unggas hidup seperti burung dari Thailand kerana penilaian risiko perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kebenaran kemasukan unggas tesebut boleh dikeluarkan, “ jelasnya. - UTUSAN ONLINE