Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu selesai memberi keterangan kepada pihak polis kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Katanya, beliau telah menyerahkan laporan asal analisis video seks setebal 55 muka surat yang dijalankan oleh Verden Forensics di Britain pada bulan lalu.

“Proses rakam percakapan tadi mengambil masa kira-kira 20 minit dan berjalan dengan lancar.

“Saya dimaklumkan yang polis akan ambil keterangan saya sekali lagi namun bila keterangan akan diambil masih belum ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan polis telah mengambil keterangan Lokman hari ini.

“Jika ada keperluan, kita akan ambil lagi keterangan beliau untuk lengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE