Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komissioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah hari hingga 7 petang itu, kesemua suspek berusia 23 hingga 58 tahun ditahan dalam tujuh serbuan di beberapa premis berbeza.

“Daripada tujuh serbuan yang dijalankan semalam, polis menahan lima suspek yang disyaki terlibat dengan kes judi loteri awam haram tanpa lesen.

“Kesemua tangkapan ini dibuat di empat premis berbeza antaranya di Telok Ayer Tawar, Butterworth dan Tasek Gelugor di sini,” katanya di sini hari ini.

ANTARA barangan yang dirampas dalam serbuan di beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan jud

ANTARA barangan yang dirampas dalam serbuan di beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi loteri haram di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.  - UTUSAN ONLINE/ IHSAN POLIS

Menurut beliau pihak polis turut merampas empat keping slip kertas dan satu gulung kertas bercetak angka-angka tertera tulisan disyaki judi loteri haram.

“Selain itu turut dirampas sebuah buah pencetak, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai.

“Kesemua barang rampasan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE