Kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Dadu Khas oleh sepasukan anggota ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara pukul 1 petang hingga 7.30 malam semalam.

Menurut Ketua Polis SPU, Noorzainy Mohd. Noor, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah telefon bimbit memaparkan laman web tambah nilai judi online serta nombor telefon pelanggan yang membuat bayaran untuk pertaruhan judi online.

ANTARA barangan yang dirampas polis Seberang Perai Utara (SPU) dalam Op Dadu Khas
ANTARA barangan yang dirampas polis Seberang Perai Utara (SPU) dalam Op Dadu Khas daripada individu yang menjalankan aktiviti judi awam dan judi online haram dalam serbuan di beberapa kawasan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN ONLINE

Katanya, turut dirampas dua buah pencetak bersama slip yang terdapat catatan dan angka-angka, dua keping kertas putih bercetak angka-angka, tiga keping slip kertas yang terdapat catitan angka-angka, kalkulator dan sejumlah wang tunai.

“Kesemua barangan rampasan dihantar ke pakar judi yang dilantik untuk tujuan analisa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan siasatan lanjut masih berjalan ketika ini. - UTUSAN ONLINE