Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kes itu dikesan dalam operasi Op Gelora selepas terserempak sebuah kapal kayu Indonesia KLM Sabar Hati dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Pemeriksaan awal, juragan berusia 39 tahun gagal mengemukakan dokumen sijil pendaftaran pengimport serta lesen import bagi membawa kayu berkenaan dianggarkan bernilai RM260,000.

“Tiga anak kapal yang berada di atas kapal itu turut ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua mereka serta rampasan kayu dan bot ditunda ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Juragan yang ditahan juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan Negeri Sabah 2015,”ujarnya.- BERNAMA