Suspek yang merupakan penganggur itu ditahan sepasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sebuah pondok di Jalan Bagan Dalam, dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, bahan terlarang itu ditemukan disimpan suspek di dalam 10 plastik yang masing-masing mengandungi 60 plastik lutsinar air ketum dan satu plastik yang mengandungi 70 botol bertulis Dynadryl.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati air ketum dan ubat batuk yang dirampas dengan nilai kira-kira RM4,300 itu adalah untuk dijual di sekitar daerah ini.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan ujian air kencing terhadapnya didapati negatif pengambilan sebarang bahan terlarang

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar bekalan air ketum di daerah ini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan air ketum di daerah ini. - UTUSAN ONLINE