Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 11.38 pagi tadi.

“Mangsa ditemukan ketika enjin kenderaan masih hidup dan berada dalam keadaan berpakaian dan berseluar pendek di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba telah hadir ke lokasi dan pemeriksaan mendapati tidak ada unsur mencurigakan di sekeliling kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kematian mangsa telah disahkan oleh Hospital Selayang dan proses bedah siasatan akan dijalankan hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE