Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 malam.

“Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai mabuk membuat kacau dengan bersenjatakan parang telah memukul seorang lelaki warganegara asing.

“Suspek bagaimanapun dapat ditahan orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dzulkhairi turut memberitahu parang digunakan suspek dirampas manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 323/506 (6)(1) Kanun Keseksaan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - UTUSAN ONLINE