Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, wang tunai sebanyak RM250 turut ditemui ketika dibuat pemeriksaan oleh anggota cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pulau Perhentian itu.

Katanya, sebelum itu suspek cuba melarikan diri setelah diperkenalkan diri oleh anggota cawangan itu namun berjaya ditahan semula dan pemeriksaan di badan suspek tidak menemui apa-apa barang mencurigakan.

Bagaimanapun katanya, ketika pemeriksaan ke atas satu beg berwarna kelabu di pinggang suspek, di dalamnya ditemukan sembilan tiub straw yang setiap satu berisi 10 biji pil kemerahan disyaki dadah dan wang tunai RM250.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pulau Perhentian dan ujian saringan awal mendapati lelaki berusia 40 tahun itu positif methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - UTUSAN ONLINE