Turut ditahan ialah Pengerusi Syiah Malaysia, Kamil Zuhairi Abdul Azizi yang hadir untuk berkumpul bagi memperingati Pertempuran Karbala menjelang Hari Ashura pada 9 September depan.

Difahamkan, serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam semalam ke lokasi yang diberi nama markas Hauzah ar-Ridha.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Azlinda Azman berkata, serbuan dilakukan hasil aduan daripada orang ramai berkaitan aktiviti yang dilakukan penganut ajaran Syiah di sana.

“Kita sudah menjalankan risikan dan memang betul terdapat perjumpaan yang dilakukan di kalangan pengikut fahaman Syiah bersama Pengerusinya, Kamil Zuhairi.

“Selain tangkapan, kita turut merampas kain rentang, batu karbala, bingkai gambar, kitab dan buku berkaitan dengan ajaran Syiah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azlinda, kesemua mereka telah ditahan mengikut Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

“Pemantauan akan terus dipergiatkan terutamanya melibatkan aktiviti berkaitan majlis sambutan Hari Karbala yang disambut setiap 10 Muharam,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE