Laporan itu dibuat oleh bekas Ketua Bahagian MIC Sungai Siput, M. Lokanathan di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Menurut Lokanathan, Samy Vellu didakwa membeli 101 ekar tanah daripada sebuah koperasi itu yang kononnya untuk rancangan
membina kediaman bagi ahli-ahli koperasi terlibat.

Dakwa beliau, tanah itu telah dibeli dengan harga jauh lebih murah daripada nilai pasaran iaitu RM11,000 berbanding RM68,000.

"Tanah tersebut sebenarnya tidak boleh dijual kepada pihak ketiga selain daripada ahli pemegang saham daripada koperasi tersebut.

"Namun sehingga kini, tiada sebarang pembangunan rumah di atas tanah itu, malah pemilikannya tanah itu kini ditukar nama ke atas ahli perniagaan bukan kaum India dan bukan ahli koperasi itu," dakwanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Dakwa Lokanathan lagi, hasil pemeriksaannya mendapati tanah itu kini telah bertukar milik ke atas  ahli perniagaan berkenaan.

"Justeru itu, kami menggesa tanah itu dikembalikan semula kepada ahli-ahli koperasi yang berhak ke atas tanah tersebut.

"Kami mahu siasatan segera bagi menentukan sama ada lot tanah berkenaan digunakan untuk kepentingan awam atau kemungkinan wujud penyelewengan," dakwanya.

Dakwanya, sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat walaupun
memandangkan sebelum ini dua laporan telah dibuat masing-masing pada 2016 dan 2017. - UTUSAN ONLINE