Rusuhan sekitar pukul 9.15 malam itu berlaku ketika satu perarakan Chariot (pedati berhias) sedang diadakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, sebelum bertukar menjadi pergaduhan antara dua kumpulan hingga kemudiannya terjadi aksi tetak-menetak menggunakan parang

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataan sebentar tadi berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung pemasangan khemah.

"Lelaki yang putus sebahagian tapak tangan kiri itu sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala anggota polis lelaki berusia 34 tahun dari Balai Bestari Jaya pula cedera di belakang tapak tangan kiri dan sudah dirawat dengan dia enam jahitan.

"Polis yang bertugas ketika itu cuba mententeramkan keadaan dan membuat tangkapan namun telah diserang tetapi kemudiannya berjaya mengawal sepenuhnya keadaan di tempat kejadian.

"Susulan insiden itu, polis menahan 28 suspek setakat pukul 8.45 pagi ini selain merampas lima senjata tajam. Sehingga kini polis masih mengesan suspek lain yang telah dikenal pasti," katanya.-UTUSAN ONLINE