Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian disedari semasa anggota polis yang mengawal suspek mahu membuka gari bagi tujuan serah tugas.

"Kunci gari didapati telah patah dan tertinggal di dalam lubang kunci. Disebabkan itu, anggota berkenaan telah meminta bantuan bomba untuk membuka gari tersebut.

"Setelah berjaya membuka gari berkenaan, tugas mengawal suspek berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rajab, satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE