Pada siri lawatan tersebut, Latheefa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sabah.

Kunjungan yang julung kali diadakan tersebut bertujuan untuk berbincang dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa berkaitan rasuah serta kerjasama jangka masa panjang antara kedua-dua pihak bagi memperkasakan usaha pencegahan rasuah di negeri Sabah.

Hadir sama pada sesi kunjungan tersebut ialah Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi, Pegawai Khas Ketua Pesuruhajaya SPRM, Hairuzam Mohmad [email protected] dan Penasihat Undang-undang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif.

Pada masa yang sama, Latheefa turut meluangkan masa untuk mengadakan lawatan kerja ke pejabat SPRM Sabah.

Lawatan kerja yang mengambil masa kira-kira sejam tersebut bertujuan untuk bersuai kenal dengan warga kerja SPRM Sabah selain menyampaikan amanat beliau agar pegawai-pegawai dan kakitangan SPRM Sabah menjalankan tugas dengan fokus dan bersistematik.

Dalam sesi lawatan kerja tersebut, turut diadakan ialah sesi penerangan mengenai operasi dan program SPRM Sabah yang disampaikan oleh Datuk Sazali.

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan lawatan tapak pembinaan bangunan pejabat kompleks SPRM Sabah yang dijangka siap menjelang Mac 2023.-UTUSAN ONLINE