Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pengesahan itu diperoleh hasil analisis yang dilakukan CyberSecurity Malaysia.

Bagaimanapun ujarnya, hasil proses pengecaman wajah adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan.

“Hasil siasatan PDRM juga mendapati, bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin parti politik bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat dan telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE