Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya.

Turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan turut pecah.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd., pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.

KERETA rasmi Mufti Perlis yang rosak disyaki angkara perbuatan khianat di rumahnya di Persiaran Wawa

KERETA rasmi Mufti Perlis yang rosak disyaki angkara perbuatan khianat di rumahnya di Persiaran Wawasan di Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Noor Mushar, pihaknya telah mengarahkan Unit Forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE