Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa yang merupakan seorang peniaga berusia 53 tahun memandu kenderaan itu berseorangan dari arah Melaka ke Jasin.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu, kereta dipandu mangsa dikatakan terbabas selepas cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang tiba-tiba memasuki laluannya.

"Kereta mewah itu kemudian terbabas melanggar sebatang pokok di kiri jalan sebelum terbakar.

"Pemandu kereta itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. - UTUSAN ONLINE