Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 10.37 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, dua buah lori iaitu sebuah lori muatan tanah dari arah Ayer Hitam menghala ke Batu Pahat dan sebuah lori muatan tong gas dari arah bertentangan terlibat dalam kemalangan.

"Lori membawa muatan tanah dipercayai terbabas sebelum melanggar lori membawa muatan tong gas. Pemandu kedua-dua lori dilaporkan maut," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Mangsa, Khairul Azreen Suhairi, 26, merupakan pemandu lori yang membawa muatan tanah manakala Ruzairin Mu'bin, 32, merupakan pemandu lori membawa muatan tong gas.

Tambah bomba, pihaknya terpaksa menunggu sehingga satu jam untuk ketibaan kren sebelum dapat menarik lori tanah agar tidak terjatuh ke dalam parit sebelum dapat mengeluarkan mangsa. - UTUSAN ONLINE