Dalam serbuan Ops Dadu Bookie Kuda kira-kira pukul 3.30 petang, pemilik restoran iaitu seorang lelaki berumur 40 tahun telah ditahan.

Turut ditangkap ialah 30 lelaki dan tiga perempuan yang ditahan sebagai ejen dan pemain pertaruhan sewaktu serbuan dijalankan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kesemua tangkapan berusia dalam linkungan umur 40 hingga 77 tahun dan bekerja sendiri.

Beliau berkata, turut dirampas ialah barang-barang yang digunakan untuk bermain judi seperti alat kelui, keratan akhbar berbahasa Cina memaparkan jadual lumba kuda serta keratan kertas putih mempunyai catatan pertaruhan.

“Selain itu, terdapat juga kepingan jubin yang terdapat catatan pertaruhan, pen, marker pen, telefon bimbit, kain tuala pengelap serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,787.

“Kesemua tangkapan akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. - UTUSAN ONLINE