Kedua-dua suspek berusia 27 dan 38 tahun itu ditahan ketika melalui pemeriksaan di Balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, anggota polis bertugas terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan mesin pengimbas kastam sebelum mengarahkan mereka menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan itu membawa kepada penemuan 1.05 kilogram dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tapak kasut salah seorang suspek.

“Ketika ditahan, kedua-dua suspek sedang dalam perjalanan ke Busan, Korea Selatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah Zulkifli, kedua-dua suspek warga tempatan itu direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA