Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, anggota berusia 42 tahun itu ditahan oleh polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan di kawasan lokap mahkamah pada Selasa pukul 3.30 petang.

“Tangkapan terhadap suspek adalah bagi membantu siasatan susulan penemuan dadah disyaki jenis syabu seberat 148.96gram, ganja (391.60 gram), heroin (184.85 gram) dan pil erimim 5 (128biji),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

Tambahnya, suspek direman sehingga hari ini dan akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. - UTUSAN ONLINE