Mereka yang ditahan JAIJ termasuk seorang janda beranak tiga dan teman lelakinya warganegara asing, mereka semuanya

berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, operasi sempena sambutan Hari Kebangsaan itu bermula pukul 10 malam tadi hingga pukul 3 pagi ini.

"Mereka ditahan kerana bersekududukan sehingga mendatangkan syak wasangka yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (1) A dan B, Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman yang memperuntukkan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Operasi terbabit melibatkan 20 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.

Dalam pada itu, beliau berkata, janda dan teman lelakinya warga nepal bekerja di kilang yang sama.

“Pasangan terbabit yang bekerja di sebuah kilang berhampiran mendakwa mereka mengenali antara satu sama lain selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk memadu asmara di hotel bajet berdekatan.

“Wanita berusia 29 tahun yang mempunyai anak berusia lapan, enam dan dua tahun itu baru sahaja bercerai dengan suaminya sejak Julai lalu,” katanya. UTUSAN ONLINE