Mangsa yang berusia 39 tahun kini menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka selepas dipercayai dibakar oleh suspek menggunakan minyak petrol, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, polis menahan suspek iaitu suami mangsa yang berusia 45 tahun dai kawasan tempat pelupusan sampah di Krubong pada pukul 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

“Susulan laporan yang diterima mengenai kejadian itu, sepasukan anggota dan pegawai polis pergi ke tempat kejadian dan berjaya mengesan suspek di tapak pelupusan sampah.

“Lelaki itu yang baru dibebaskan dari Penjara Sungai Udang pada 17 April lalu mengaku berbuat demikian kerana mendapati isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek yang memiliki enam rekod jenayah didapati positif mengambil dadah jenis methampetamine ketika ditahan, kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE