S. Vijeyyenthi, 39, yang melecur 70 peratus di anggota badan termasuk badan dan muka menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.30 petang.

Berikutan kematian wanita itu, suspek iaitu suami mangsa yang ditahan polis pada hari kejadian iaitu 29 April lalu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek berusia 45 tahun sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 307 kanun yang sama kini disiasat kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE