Mereka ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) menerusi Ops Tapis kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, ketika serbuan pihaknya menjumpai dadah jenis heroin sebanyak 52.8 gram; syabu (4.7 gram) dan ganja (2.5 gram).

Katanya, pemeriksaan awal mendapat semua dadah bernilai RM2,800 yang dirampas itu adalah untuk kegunaan sendiri.

“Ujian air kencing semua yang ditahan juga didapati positif dadah jenis MOP serta methamphetamine dan mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B; 39A(2); 12(2); 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah di daerah tersebut.

“Sehubungan itu, kita mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE