Malah guru berkenaan turut kerugian RM7,000 selepas ditipu ejen pelancongan tersebut yang menawarkan pakej pelancongan dengan harga yang murah.

NOORZAINY
NOORZAINY 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 47 tahun dan beralamat di Sungai Dua, di sini menerima mesej melalui Facebook daripada seorang wanita dikenali sebagai Hajah Siti Aida.

“Wanita tersebut mendakwa dia adalah pemilik syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan dalam dan luar negara dengan harga yang murah.

“Mangsa yang berminat dengan pakej pelancongan tersebut membuat bayaran melalui akaun bank secara ansuran sehingga 29 Oktober 2018 lalu berjumlah RM7,000 ke dalam akaun suspek untuk untuk pakej pelancongan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa sepatutnya berlepas pada 24 Mac sehingga 29 Mac lalu, namun mangsa bersama tiga anaknya terpaksa menempah pakej pelancongan yang lain dua minggu sebelum tarikh itu kerana ‘Hajah Siti Aida’ telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.

“Selepas kejadian itu suspek gagal dihubungi hingga kini dan mangsa turut menghubungi syarikat pelancongan tempat suspek bekerja namun gagal.

“Disebabkan penipuan ini mangsa membuat laporan polis semalam kerana ramai yang meminta kembali wang mereka sehingga ada yang menggugut ingin menghebahkannya di media sosial serta membuat laporan polis ke atas mangsa,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis percaya modus operandi suspek adalah dengan menjual pakej pelancongan terbuka dan tiket harga murah di mana mangsa perlu menempah awal dari tarikh penerbangan untuk dapatkan harga murah.

Noorzainy berkata, polis kini mengesan seorang wanita dikenali sebagai Siti Aida Ashari, yang alamat terakhirnya di Seri Kembangan, Selangor bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE