Difahamkan, kumpulan samseng berkenaan telah berulang kali mengugut mangsa sebelum ini agar tidak berniaga di situ tetapi semalam adalah kemuncaknya apabila dua lelaki bertindak merosakkan juadah dan peralatan gerai.

Insiden kejadian kini tular di media sosial selepas netizen memuat naiknya di Facebook dan orang ramai mendesak polis segera bertindak selain mereka juga melancarkan gerakan untuk membantu peniaga tersebut.

“Kejadian berlaku pagi semalam di kawasan deretan kedai Sunway Kayangan. Dua lelaki membuat khianat terhadap gerai. Khabarnya sebelum ini telah beberapa kali kakak dan anak-anaknya diganggu serta diugut agar tidak berniaga dikawasan tersebut.

“Kejadian pagi semalam adalah paling serius sehingga lelaki tersebut berani merosakkan juadah yang dijual serta peralatan gerai.

“Mohon polis siasat kes ini dengan telus. Kejadian di Sunway Kayangan di bawah IPD Shah Alam,”menurut pihak yang berkongsi maklumat kejadian di Facebook seperti dipetik hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat mangsa dan kita sedang memburu suspek. - UTUSAN ONLINE